<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/37472784?origin\x3dhttp://beforeyoutellthetruth.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>
Saturday, January 13, 2007
Doa Buat KEKASIH

Ya Allah
Seandainya telah Engkau catatkan
Dia milikku tercipta buatku
satukanlah hatinya
Titipkanlah kebahagian buat kami
Agar kemesraan itu abadi

Dan Ya AllahYa Tuhanku
Yang Maha mengasihi
Seiringkanlah kami melayari hidup ini
Ketepian yang sejahtera dan abadi

Tetapi Ya Allah
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah diriku dari kekecewaan

Serta Ya Allah Ya Tuhanku Yang Maha Mengerti
Berikanlah aku kekuatan
Melontar bayangannya jauh ke dada langit
Hilang bersama senja nan merah
Agarku bisa bahagia
Walaupun tanpa bersama dengannya

Dan ya Allah yang tercinta
Gantikanlah yang telah hilang
Tumbuhkanlah kembali yang telah patah
Walaupun tidak sama dengan dirinya

Ya Allah Ya Tuhanku
Pasrahkanlah aku dengan takdirmu
Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik buatku
Kerana Engkau Maha Mengetahui
Segala yang terbaik buat hambaMu

Ya Allah
Cukuplah Engkau sahaja
yang menjadi pemeliharaku
Di dunia dan di akhirat
Dengarlah rintihan dari hambaMu Yang daif ini
Jangan engkau biarkan aku sendirian
Di dunia ini mahupun di akhirat
Menjuruskan aku kearah kemaksiatan dan kemungkaran
Maka kurniakanlah aku
Seorang pasangan yang beriman
Supaya aku dan dia sama2 dapat membina
kesejahteraan hidup ke jalan yang Engkau redhai
Dan kurniakanlah padaku keturunan yang soleh
AMIN..

5:32 AM





PROFILE

Sahrifah
Nineteen
Nitec in Culinary Skills(Western)
Sahrifah91@hotmail.com


TWEET.


ROAR.



SONG THAT BREAKS DAWN.


Credits
Redesignated: BRWN
Basecodes: BANGBANGx
Image host: Photobucket.